Cekur manis dikategorikan sebagai tumbuhan yang mempunyai potensi sebagai bahan ubat dalam sayuran dan ia juga mempunyai khasiat makanan. Cekur manis juga dikenali dengan nama cekup manis. Saya yakin anda mengenali sayuran ini, cekur manis merupakan salah satu sayuran yang menjadi kegemaran masakan orang kampung.
Cekur manis senang didapati, terutamanya di kawasan kampung. Sayuran ini menjadi juadah masakan di rumah saya, biasanya mak saya suka masak lemak, teringat lak plak masakan mak kt rumah..hehe...sedap sayur cekur manis ini, lebih-lebih lagi kalau dimasak lomak.........fuuuhhhh.....sedap hingga menjilat jari la...hehe..
Inilah tumbuhan cekur manis.
![]() |
| Cekur manis menunjukkan bioaktivit untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia mengandungi vitamin A,B,C dan papevin (mempunyai kesan narkotik). |
Taburan
Cekur manis mempunyai taburan dari india dan Sri Lanka hingga ke selatan negara China dan Indochina serta seluruh kawasan Asia Tenggara. Ia tumbuh liar dalam kawasan taburan
Penanaman
Cekur manis boleh ditanam secara biji, tetapi kerap ditanam menggunakan keratan dahan. Ia akan tumbuh dengan subur apabila diberi baja organik dan nitrogen. Hasilnya boleh dituai dalam masa empat bulan.
Penyakit/Perosak
Cekur manis jarang-jarang menghadapi masalah perosak.
Khasiat Makanan
Buah, pucuk, daun dan bunga: Dijadikan sayur. Ia boleh dimakan mentah tetapi biasanya digoreng. Cekur manis yang dimakan mentah mempunyai bau yang kuat dan tersendiri, rasa manisnya. Pucuk cekur manis tanpa daun digunakan sebagai sayur yang mahal harganya kerana rasanya enak dan teksturnya rangup.
Khasiat Ubatan
Seluruh bahagian (yang dimasak): Dimakan oleh wanita selepas bersalin untuk merangsang penghasilan susu dan pemulihan rahim. Air rebusan cekur manis diminum bagi mengubati demam panas, masalah sistem pembuangan air kecil, merawat pening-pening, penyakit kardiovaskular (jantung dan saluran darah), pitam, dan tekanan darah tingggi.
Daun dan Akar: Direbus dan diminum untuk mengubati hidung berdarah, penyakit puru dan penyakit patik.
Kegunaan lain: Daun cekur digunakan sebagai pewarna hijau di dalam pelbagai jenis masakan.
Perhatian
Terdapat laporan yang mengatakan jika cekur manis dimakan berlebihan boleh menyebabkan sakit kaki dan tangan.
Selamat menjamu selera dengan masakan sayur cekur manis. Rasalah masakan lemak cekur manis..^___^..







