Pages

Saturday 2 April 2011

Remayung

      Minggu ini saya ingin berkongsi dengan anda keistimewaan sayuran remayung. Pernahkah anda makan sayuran ini? pernahkah anda melihat rupa bentuk sayuran ini? anda ingin tahu khasiatnnya? jom sama-sama kita kenali sayuran ini, apa yang menarik tentang tumbuhan ini.
Remayung mempunyai sifat menurunkan tekanan darah. Kandungan mineral dan vitamin dalam remayung menjadikan sayur ini berkhasiat tinggi untuk kesihatan. 

Nama vernakular: Remayung, Lembayung, Gendola, Gandula.
Nama Botani: Basella Alba L.
Famili: Basellaceace   

     Kandungan
Seluruh bahagian - 91% air, 3.9% karbohidrat, 2.1% protein, 0.3% lemak dan 1.3% serabut. Ia mengandungi banyak jenis sebatian kimia seperti asetafenom, asid uronik, betasianin, fitoein,
digalaktosildigliserid, fitol, gliko-protein, glukan, karotinoid, lutein, metoksipropan, mongalaktosildigliserid, neoxantin, violaxantin, vitamin A,B,C,k serta besi dan kalsium.
      Taburan
Remayung dipercayai berasal dari bahagian selatan Asia, iaitu India. Ia telah ditanam semenjak zaman purba di China dan Asia Tenggara. Sekarang remayung mempunyai taburan di seluruh kawasan tropika di dunia. Dikawasan beriklim sederhana ia ditanam pada musim yang sesuai sahaja.
      Penanaman
Remayung boleh ditanam dengan cara biji atau keratan batang. Pokok remayung memerlukan tanah yang ringan mudah ditembusi akarnya, dan air yang tidak bertakung.
     Penyakit/Perosak
Remayung tidak mempunyai sebarang penyakit serius kecuali serangan nematod pada bahagian akar dan daunnya mungkin kelihatan berbintil-bintil kerana diserang kulat.
    Khasiat Makanan
Pucuk dan Daun: Dibuat lauk, sama ada digoreng, ditumis, atau dibuat sup. Kadang-kadang remayung dibuat mentah seperti salad. Remayung mengandungi vitamin yang tinggi, oleh demikian ia mempunyai nilai khasiat yang tinggi.
      Khasiat Ubatan
Buah: Cecair buah masak dititis masuk mata bagi merawat penyakit mata merah.
Daun: Direbus dan diminum untuk mengatasi masalh tekanan darah tinggi. Memakan daun remayung melawaskan buang air besar. Daun yang diramas atau ditumbuk diletakkan pada bisul. Cecair remayung disapu pada cerawat sebagai penawar.
Akar: Direbus dan diminum sebagai pelawas air besar dan air kecil serta memberi kelegaan pada badan.
    




    

2 comments:

umiyuki2017 said...

As'salamualikum wr wb kt Siti Hajjar, berapa banyak sukatan daun & air untuk direbus bersama bagi menghasilkan air minuman bagi darah tinggi. Terimakasih, Saa'irah dari Singapura

Nur haura afeeya said...

Salam

Post a Comment