Pages

Friday 8 April 2011

Turi

    Terdapat pelbagai sayuran yang boleh anda nikmati dan perolehi. Turi merupakan antara salah satu sayuran yang mempunyai banyak kelebihannya. Adakah anda pernah makan sayuran yang bernama turi ini? jika pernah belum makan, cubalah..Pasti sedap. Inilah tumbuhan turi.
Turi mengandungi mineral dan vitamin penting untuk kesihatan
   
        Kandungan 
Daun - 36% protein, saponin tidak toksik, banyak mineral dan vitamin.
Bunga - banyak gula dan vitamin B.
Biji - 40%-70% protein.
Gam pokok - agatin, basorin, zantagoagatin, resin dan tanin.
         Taburan
Tempat asal turi tidak diketahui secara jelas. Ada pendapat mengatakan ia berasal dari India atau Indonesia. Ia adalah tumbuhan asli di Asia Tenggara. Taburannya hampir di semua kawasan tropika termasuk benua Amerika dan Afrika.
        Penanaman
Turi ditanam dengan biji dan senang bercambah tanpa pelakuan. Hasil kacang turi yang masak diperoleh dalam masa 9 bulan. 
        Penyakit/Perosak
Pokok turi kurang menghadapi masalah penyakit. Ulat dan serangga mungkin merosakkan biji, manakala nematod menyerang akar. 
        Khasiat Makanan
Biji Kacang: Boleh dimakan.
Daun muda, Bunga dan kacang turi muda: Dijadikan sayur untuk digoreng, masak sup, kari dan jenis masakan lain.
Bunga: Dicelur dan dibuat ulam. Untuk mengurangkan rasa pahit pada bunga turi, bahagian tengah, iaitu anak kacang dibuang dahulu sebelum dicelur.
        Khasiat Ubatan
Kulit Kayu: Direbus dan Diminum sebagai tonik, ubat demam panas, masalah perut. cirit-birit, masalah penghadaman, pendarahan dalam sistem pernafasan. sedikit kulit sahaja digunakan sebagai ubat herba. Kulit kayu ditumbuk lumat dan ditampal pada kulit berkudis.
Daun: ditumbuk lumat dan ditampal pada tempat terseliuh. lebam, luka, dan bengkak. Cecair yang diperah boleh digunakan bagi mencuci mulut dan kerongkong untuk mengubati penyakit mulut dan kerongkong.
Akar: Direbus dan diminum untuk mengubati demama malaria.
Bunga: Direbus dan diminum bagi melawaskan buang air besar dan melembutkan kulit.


 
            

0 comments:

Post a Comment