Pages

Monday 11 April 2011

ubi kayu

 jbjbjbgugug

Saturday 9 April 2011

cekur manis

      Cekur manis dikategorikan sebagai tumbuhan yang mempunyai potensi sebagai bahan ubat dalam sayuran dan ia juga mempunyai khasiat makanan. Cekur manis juga dikenali dengan nama cekup manis. Saya yakin anda mengenali sayuran ini, cekur manis merupakan salah satu sayuran yang menjadi kegemaran masakan orang kampung.
      Cekur manis senang didapati, terutamanya di kawasan kampung. Sayuran ini menjadi juadah masakan di rumah saya, biasanya mak saya suka masak lemak, teringat lak plak masakan mak kt rumah..hehe...sedap sayur cekur manis ini, lebih-lebih lagi kalau dimasak lomak.........fuuuhhhh.....sedap hingga menjilat jari la...hehe..
Inilah tumbuhan cekur manis.
Cekur manis menunjukkan bioaktivit untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia mengandungi vitamin A,B,C dan papevin (mempunyai kesan narkotik).
      Taburan
Cekur manis mempunyai taburan dari india dan Sri Lanka hingga ke selatan negara China dan Indochina serta seluruh kawasan Asia Tenggara. Ia tumbuh liar dalam kawasan taburan
      Penanaman
Cekur manis boleh ditanam secara biji, tetapi kerap ditanam menggunakan keratan dahan. Ia akan tumbuh dengan subur apabila diberi baja organik dan nitrogen. Hasilnya boleh dituai dalam masa empat bulan.
     Penyakit/Perosak
Cekur manis jarang-jarang menghadapi masalah perosak.
     Khasiat Makanan 
Buah, pucuk, daun dan bunga: Dijadikan sayur. Ia boleh dimakan mentah tetapi biasanya digoreng. Cekur manis yang dimakan mentah mempunyai bau yang kuat dan tersendiri, rasa manisnya. Pucuk cekur manis tanpa daun digunakan sebagai sayur yang mahal harganya kerana rasanya enak dan teksturnya rangup.
    Khasiat Ubatan
Seluruh bahagian (yang dimasak): Dimakan oleh wanita selepas bersalin untuk merangsang penghasilan susu dan pemulihan rahim. Air rebusan cekur manis diminum bagi mengubati demam panas, masalah sistem pembuangan air kecil, merawat pening-pening, penyakit kardiovaskular (jantung dan saluran darah), pitam, dan tekanan darah tingggi.
Daun dan Akar: Direbus dan diminum untuk mengubati hidung berdarah, penyakit puru dan penyakit patik.
Kegunaan lain: Daun cekur digunakan sebagai pewarna hijau di dalam pelbagai jenis masakan. 
      Perhatian
Terdapat laporan yang mengatakan jika cekur manis dimakan berlebihan boleh menyebabkan sakit kaki dan tangan.
      Selamat menjamu selera dengan masakan sayur cekur manis. Rasalah masakan lemak cekur manis..^___^..
 
                                                           


Friday 8 April 2011

Lobak putih

       kali ini saya akan memperkenalkan kepada anda tentang khasiat lobak putih, mungkin ramai diantara kita tidak mengetahui khasiat ubatan dan makanan yang terdapat dalam sayuran yang mereka makan. saya akui setelah anda sedar akan keistimewaan yang terdapat dalam sayuran yang anda makan ataupun belum pernah makan, pasti anda akan jadikan sayuran sebagai makanan harian anda bagi menjamin kesihatan tubuh badan yang sihat.
Lobak putih mengandungi vitamin A,B dan C
              Kandungan
Ubi - 93.5% air, 5.3% karbohidrat, 0.6% protein, 0.1% lemak, mineral besi, fosforus, kalsium, vitamin A, B1, B2, niasin dan vitamin C.
         Taburan 
Tempat asal lobak putih tidak jelas diketahui tetapi mungkin berasal dari kawasan Mediterannean. Sekarang lobak putih ditanam diseluruh dunia.
        Penanaman 
Lobak putih ditanam dengan biji dan bercambah dalam masa lebih kurang 4hari selepas ia disemai. Masa antara penyemaian dan penuaian adalah berbeza mengikut jenis baka lobak.
        Penyakit/Perosak
Lobak putih menghadapi masalah kulat pada daun dan akar. Ada ulat dan serangga yang makan daun. Nematod menebuk masuk akar dan memakan sel akar.
       Khasiat Makanan
Ubi: Dikupas kulit atau dimakan tanpa dikupas kulit, dipotong kecil-kecil dan ia juga digunakan dalam masakan sup, kari dan jenis masakan lain.
       Khasiat Ubatan
Ubi: Dihancurkan dan ditampal pada tempat yang sakit reumastime. Jus lobak putih diminum bagi merawat batuk, cirit-birit, membantu penghadaman, masalah ginjal dan saluran kencing. 
Biji dan Akar: Direbus dan diminum bagi membantu penghadaman, mengatasi hilang selera makan, ubat batuk, demam panas, ruam, lumpuh dan kanser perut.
Akar: Dihancurkan dan ditampal pada tempat terbakar, terkena air panas, lebam, luka, bengkak, dan kanser payudara, serta kaki berbau busuk. Akar pokok yang sudah berbunga direbus dan diminum untuk merawat disenteri dan batuk.
Bunga yang dikeringkan atau Biji: Direbus dan digunakan sebagai ubat cirit-birit. Air rebusan daun kering digunakan sebagai air mandian untuk melegakan sakit-sakit belakang dan penyakit wanita.
     Selamat mencuba.....Rajin-rajinkanlah diri anda makan sayuran...^___@...


      
                                        

Turi

    Terdapat pelbagai sayuran yang boleh anda nikmati dan perolehi. Turi merupakan antara salah satu sayuran yang mempunyai banyak kelebihannya. Adakah anda pernah makan sayuran yang bernama turi ini? jika pernah belum makan, cubalah..Pasti sedap. Inilah tumbuhan turi.
Turi mengandungi mineral dan vitamin penting untuk kesihatan
   
        Kandungan 
Daun - 36% protein, saponin tidak toksik, banyak mineral dan vitamin.
Bunga - banyak gula dan vitamin B.
Biji - 40%-70% protein.
Gam pokok - agatin, basorin, zantagoagatin, resin dan tanin.
         Taburan
Tempat asal turi tidak diketahui secara jelas. Ada pendapat mengatakan ia berasal dari India atau Indonesia. Ia adalah tumbuhan asli di Asia Tenggara. Taburannya hampir di semua kawasan tropika termasuk benua Amerika dan Afrika.
        Penanaman
Turi ditanam dengan biji dan senang bercambah tanpa pelakuan. Hasil kacang turi yang masak diperoleh dalam masa 9 bulan. 
        Penyakit/Perosak
Pokok turi kurang menghadapi masalah penyakit. Ulat dan serangga mungkin merosakkan biji, manakala nematod menyerang akar. 
        Khasiat Makanan
Biji Kacang: Boleh dimakan.
Daun muda, Bunga dan kacang turi muda: Dijadikan sayur untuk digoreng, masak sup, kari dan jenis masakan lain.
Bunga: Dicelur dan dibuat ulam. Untuk mengurangkan rasa pahit pada bunga turi, bahagian tengah, iaitu anak kacang dibuang dahulu sebelum dicelur.
        Khasiat Ubatan
Kulit Kayu: Direbus dan Diminum sebagai tonik, ubat demam panas, masalah perut. cirit-birit, masalah penghadaman, pendarahan dalam sistem pernafasan. sedikit kulit sahaja digunakan sebagai ubat herba. Kulit kayu ditumbuk lumat dan ditampal pada kulit berkudis.
Daun: ditumbuk lumat dan ditampal pada tempat terseliuh. lebam, luka, dan bengkak. Cecair yang diperah boleh digunakan bagi mencuci mulut dan kerongkong untuk mengubati penyakit mulut dan kerongkong.
Akar: Direbus dan diminum untuk mengubati demama malaria.
Bunga: Direbus dan diminum bagi melawaskan buang air besar dan melembutkan kulit.


 
            

Thursday 7 April 2011

Kucai

     Orang memilih sayur untuk dimakan mengikut citarasa sendiri. Pada zaman moden ini ramai yang memilih sayur-sayuran yang dimakan mengikut kepercayaan terhadap khasiat yang bakal diperoleh.
       Sayuran amatlah penting bagi penjagaan kesihatan tubuh badan yang sihat. Makan sayur dapat memperbaiki kesihatan dan meningkat keupayaan bekerja. Sayur juga penting sebagai sumber nutrien pengawal kesihatan. Pernahkah anda dengar sayuran yang bernama kucai? kucai sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga lili.
Kucai mengandungi vitamin c dan karotena penting untuk kesihatan mata
       Kandungan 
Daun - 93% air, 2.8% karbohidrat, 2.1% protein, 0.1% lemak , 0.9% serabut.
       Taburan  
Kucai dipercayai berasal dari China. Ia tumbuh liar di kawasan utara dan tengah benua Asia. Kucai ditanam sebagai sayur di kawasan Asia Tenggara, Jepun, Korea, China, India, Nepal dan Amerika Syarikat.
      Penanaman             
Kucai boleh ditanam secara biji atau memisahkan rumpun induknya. Daun kucai boleh dituai selepas 3-4 bulan ia ditanam.
     Penyakit/Perosak       
Kucai biasanya tidak mempunyai perosak.
     Khasiat Makanan 
Seluruh bahagian: Dimakan mentah, dicelur. Kucai dimasukkan dalam kuetiau goreng dan kuih-muih. Makan sayur kucai dipercayai akan merangsang pemulihan daripada keletihan.
Daun dan Jambak Bunga Muda: Dijadikan sayur atau dicampur dalam lauk sebagai perisa.
    Khasiat Ubatan 
Seluruh bahagian: Dimakan atau direbus dan diminum untuk merawat sakit gigi dan tumor. Kucai ditumbuk lumat dan ditampal pada gigi yang sakit. Aktiviti antitumor mungkin disebabkan oleh kandungan karotena serta vitamin c yang banyak di dalam kucai.
     Perhatian:
Makan kucai memberi kesan bau yang kuran digemari pada mulut dan pernafasan.

Sunday 3 April 2011

Keremek

      Amalan berasaskan penyataan 'makanan sebagai ubat dan ubat sebagai makanan' telah menjadi pegangan kebanyakan orang yang menyedari peranan penting makanan. Antara makanan ynag dikenal pasti bermanfaat untuk kesihatan ialah sayur-sayuran.
      Tahukah anda terdapat banyak faedah dan khasiat di dalam sayuran yang bernama keremek ini. Mari sama-sama kita mengenali sayuran keremek ini.
Keremek mempunyai sifat antiulser
      Kandungan 
seluruh bahagian - pelbagai jenis sebatian seperti alfa spirasterol, asid oleanolik, asid uronik, beta-sitosterol, gula jenis glukosa dan ramnos, hadianol, hentriakontanon, kampesterol, lupeol, nonakason, metilinsikloartanol, sikloeukalenol, stigmasterol dan stigmataenol. Ia mengandungi air, karbohidrat, protein, lemak, serabut, mineral dan vitamin.
       Taburan 
Tumbuhan rumpai yang mempunyai taburan luas di Asia Tenggara dan terdapat di seluruh dunia.
      Penanaman 
Biasanya keremek tidak ditanam. Ia merupakan tumbuhan liar yang hidup subur melata di tanah berhampiran kawasan tadahan dan laluan air. Keremek boleh ditanam secara biji atau keratan. Ia juga cepat tumbuh dan senang dijaga.
    Penyakit/Perosak 
Lazimnya, keremek tidak menghadapi sebarang masalah penyakit yang serius.
    Khasiat Makanan 
Dimakan secara sayur, terutamanya oleh penduduk di India, Sri Lanka, Bangladesh, Indochina, Malaysia dan Indonesia. Daun dan ranting muda yang masih lembut boleh digoreng bersama cili, sambal belacan, ikan bilis.
     Khasiat Ubatan 
Seluruh bahagian: Dibancuh seperti teh dan diminum untuk mengatasi masalah kejang usus. Ia direbus dan digunakan untuk mencuci rambut dan meredakan panas badan.
   Keremek sebagai ubat herba untuk merawat jangkitan pada sistem pernafasan bagi pesakit batuh darah, sakit kerongkong, hidung berdarah, pendarahan dalam perut, jangkitan pada saluran kecing, sakit apendiks.
   Ia juga ubat luaran untuk merawat bengkak payudara, pemyakit kulit, ketuat, patukan ular, parasit pada kulit.
  Keremek dimakan sebagai antiradang, kulit gatal, luka, melawaskan bunag air kecil dan sakit badan. keremek ditumbuk lumat dan ditampal pada kulit radang, gatal, luka dan ulser. 
Daun dan Ranting: Direbus dan diminum untuk merawat tekanan darah tinggi.
       
   
     
 
  
 
           

Saturday 2 April 2011

Remayung

      Minggu ini saya ingin berkongsi dengan anda keistimewaan sayuran remayung. Pernahkah anda makan sayuran ini? pernahkah anda melihat rupa bentuk sayuran ini? anda ingin tahu khasiatnnya? jom sama-sama kita kenali sayuran ini, apa yang menarik tentang tumbuhan ini.
Remayung mempunyai sifat menurunkan tekanan darah. Kandungan mineral dan vitamin dalam remayung menjadikan sayur ini berkhasiat tinggi untuk kesihatan. 

Nama vernakular: Remayung, Lembayung, Gendola, Gandula.
Nama Botani: Basella Alba L.
Famili: Basellaceace   

     Kandungan
Seluruh bahagian - 91% air, 3.9% karbohidrat, 2.1% protein, 0.3% lemak dan 1.3% serabut. Ia mengandungi banyak jenis sebatian kimia seperti asetafenom, asid uronik, betasianin, fitoein,
digalaktosildigliserid, fitol, gliko-protein, glukan, karotinoid, lutein, metoksipropan, mongalaktosildigliserid, neoxantin, violaxantin, vitamin A,B,C,k serta besi dan kalsium.
      Taburan
Remayung dipercayai berasal dari bahagian selatan Asia, iaitu India. Ia telah ditanam semenjak zaman purba di China dan Asia Tenggara. Sekarang remayung mempunyai taburan di seluruh kawasan tropika di dunia. Dikawasan beriklim sederhana ia ditanam pada musim yang sesuai sahaja.
      Penanaman
Remayung boleh ditanam dengan cara biji atau keratan batang. Pokok remayung memerlukan tanah yang ringan mudah ditembusi akarnya, dan air yang tidak bertakung.
     Penyakit/Perosak
Remayung tidak mempunyai sebarang penyakit serius kecuali serangan nematod pada bahagian akar dan daunnya mungkin kelihatan berbintil-bintil kerana diserang kulat.
    Khasiat Makanan
Pucuk dan Daun: Dibuat lauk, sama ada digoreng, ditumis, atau dibuat sup. Kadang-kadang remayung dibuat mentah seperti salad. Remayung mengandungi vitamin yang tinggi, oleh demikian ia mempunyai nilai khasiat yang tinggi.
      Khasiat Ubatan
Buah: Cecair buah masak dititis masuk mata bagi merawat penyakit mata merah.
Daun: Direbus dan diminum untuk mengatasi masalh tekanan darah tinggi. Memakan daun remayung melawaskan buang air besar. Daun yang diramas atau ditumbuk diletakkan pada bisul. Cecair remayung disapu pada cerawat sebagai penawar.
Akar: Direbus dan diminum sebagai pelawas air besar dan air kecil serta memberi kelegaan pada badan.