Pages

Friday 1 April 2011

Bit

      Ini pulak jenis sayuran yang belum pernah saya cuba lagi, tapi nampak macam sodap jer....warnanya yang kemerah-merahan buat saya tertarik untuk mencubanya...saya yakin anda pun tidak tahu apakah sayuran bit ini kan...anda ingin tahu bagaimana rupa bentuk sayuran ini? inilah sayuran bit...apakah keistimewaan sayuran ini? jom sama-sama kita selongkar
vitamin dan mineral menyumbang kepada kesihatan tubuh. Kepelbagaian asid amino yang terdapat dalam bit penting untuk kesihatan. 
       Nama vernakular: Bit
       Nama Botani: Beta vulgaris L.
       Famili: Chenopodiaceae

      Kandungan:
Ubi - 89% air, 7-10% karbohidrat, 1.5-2% protein, 0.10-0.2% lemak, arginin, betain, fitosterol, histidin, isoleusin, leusin, saponisid, tirosin, sedikit mineral dan vitamin. Bit juga mengandungi betanin (bahan pewarna merah yang dikormesialkan sebagai pewarna makanan, minuman dan sos) dan geosmin (memberi bau tanah kepada ubi bit).
      Taburan 
Bit yang tumbuh meliar terdapat di kawasan yang agak luas, dari kawasan Mediterranean dan bahagian berdekatan lautan Atlantik hingga ke selatan negara Norway dan ke timur hingga sampai Indonesia. Sekarang bit ditanam di kebanyakan negara serata dunia. Di kawasan tropika, bit hanya sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi.
      Penanaman
Bit ditanam menerusi biji. Biji bit ditanam terus dalam tanah, kaedah tanam pindah tidak sesuai diamalkan kerana akan menghasilkan ubi yang cacat. Di kawasan tropika seperti Malaysia, bit sesuai ditanam kawasan tanah tinggi sahaja.
      Penyakit/Perosak
Bit tidak diserang teruk oleh penyakit, beberapa kulat mungkin menjangkiti daun. kadang-kadang terdapat serangga yang menghisap cecair dan mengorek masuk ke dalam daun bit, akar bit mungkin diserang nematod.    
      Khasiat makanan
dimakan setelah direbus sebagai sayur. Sebahagian besar ubi bit yang dihasilkan secara komersial diproses sebagai bit yang telah direbus atau diisteril, ditin dan dibotolkan. 
Daun: dimakan sebagai sayur, terutamanya daun muda.
       Khasiat ubatan
Direbus dan diminum untuk mengubati pendarahan dalaman. Ambil sekeping bit ditampal pada tempat pendarahan kulit untuk menghentikan pendarahan.
Daun: Dihancurkan dan cecairnya ditelan untuk merawat cirit-birit. daun dan akar bit direbus lalu diminumuntuk digunakan sebagai ubat herba bagi merawat jangkitan dan tumor.
Akar: Direbus dan diminum sebagai ubat batuk, mengeluarkan angin dalam perut dan usus, dan juga sebagai tonik untuk wanita.
Jus: Diminum sebagai minuman kesihatan.

0 comments:

Post a Comment