Pages

Friday, 1 April 2011

Bit

      Ini pulak jenis sayuran yang belum pernah saya cuba lagi, tapi nampak macam sodap jer....warnanya yang kemerah-merahan buat saya tertarik untuk mencubanya...saya yakin anda pun tidak tahu apakah sayuran bit ini kan...anda ingin tahu bagaimana rupa bentuk sayuran ini? inilah sayuran bit...apakah keistimewaan sayuran ini? jom sama-sama kita selongkar
vitamin dan mineral menyumbang kepada kesihatan tubuh. Kepelbagaian asid amino yang terdapat dalam bit penting untuk kesihatan. 
       Nama vernakular: Bit
       Nama Botani: Beta vulgaris L.
       Famili: Chenopodiaceae

      Kandungan:
Ubi - 89% air, 7-10% karbohidrat, 1.5-2% protein, 0.10-0.2% lemak, arginin, betain, fitosterol, histidin, isoleusin, leusin, saponisid, tirosin, sedikit mineral dan vitamin. Bit juga mengandungi betanin (bahan pewarna merah yang dikormesialkan sebagai pewarna makanan, minuman dan sos) dan geosmin (memberi bau tanah kepada ubi bit).
      Taburan 
Bit yang tumbuh meliar terdapat di kawasan yang agak luas, dari kawasan Mediterranean dan bahagian berdekatan lautan Atlantik hingga ke selatan negara Norway dan ke timur hingga sampai Indonesia. Sekarang bit ditanam di kebanyakan negara serata dunia. Di kawasan tropika, bit hanya sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi.
      Penanaman
Bit ditanam menerusi biji. Biji bit ditanam terus dalam tanah, kaedah tanam pindah tidak sesuai diamalkan kerana akan menghasilkan ubi yang cacat. Di kawasan tropika seperti Malaysia, bit sesuai ditanam kawasan tanah tinggi sahaja.
      Penyakit/Perosak
Bit tidak diserang teruk oleh penyakit, beberapa kulat mungkin menjangkiti daun. kadang-kadang terdapat serangga yang menghisap cecair dan mengorek masuk ke dalam daun bit, akar bit mungkin diserang nematod.    
      Khasiat makanan
dimakan setelah direbus sebagai sayur. Sebahagian besar ubi bit yang dihasilkan secara komersial diproses sebagai bit yang telah direbus atau diisteril, ditin dan dibotolkan. 
Daun: dimakan sebagai sayur, terutamanya daun muda.
       Khasiat ubatan
Direbus dan diminum untuk mengubati pendarahan dalaman. Ambil sekeping bit ditampal pada tempat pendarahan kulit untuk menghentikan pendarahan.
Daun: Dihancurkan dan cecairnya ditelan untuk merawat cirit-birit. daun dan akar bit direbus lalu diminumuntuk digunakan sebagai ubat herba bagi merawat jangkitan dan tumor.
Akar: Direbus dan diminum sebagai ubat batuk, mengeluarkan angin dalam perut dan usus, dan juga sebagai tonik untuk wanita.
Jus: Diminum sebagai minuman kesihatan.

Saturday, 26 February 2011

Penangan terung pipit

       Saya merupakan salah seorang penggemar sayuran,apa-apa jenis sayuran saya akan cuba, maklumlah sayuran ini banyak khasiatnya, disamping itu sayuran juga boleh dibuat penawar ubat. rugilah pada sesiapa yang tidak makansayuran. sayuran ini sebenarnya sodap, best...rasalah....anda akan memperoleh nikmatnya apabila makansayuran nie.. bak kata, kalau tidak ada sayuran dalam makanan, tidak jelira untuk makan (orang kelantan kata)hihi... (macam ada kekurangan dalam makanan itu).
  
      Lazimnya terung pipit dibuat ulam, sama ada makan mentah, atau direbus. Orang zaman dahulu kan,  zaman nenek, atuk kita kan  mereka ini lebih suka makan sayuran semulajadi yang tidak dicemari bahan kimia/ baja, sebab itulah orang tua zaman dahulu susah nak kena penyakit, fikir-fikirkanlah patut la zaman datuk, nenek kita mereka masih kuat, cerdas walaupun dah berumur, rupa-rupanya mereka lebih gemar makanan semulajadi, tidak macam sekarang ni.

 
Terung pipit mengandungi vitamin A, B dan C

Khasiat makanan 
Buah muda: Dimentah atau dicelur, direbus, digoreng. dibuat masakan lauk seperti kari. Terung pipit dibuat ulam sambal tumis dan sebagainya.
Khasiat Ubatan
Seluruh bahagian: Ditumbuk lumat dan cecair diperah keluar, digunakan sebagai penawar bisa patukan ular dan bisa sengatan serangga.
Buah: Dimakan untuk melegakan sakit perut .
Biji: Dibakar dan asap disedut untuk merawat sakit gigi.
Daun: Ditumbuk lumat, cecair diperah keluar dan disapu paad kulit terbakar.
Akar: Ditumbuk lumat dan ditamapl pada bahagian kulit kaki yang retak, paad tempat bengkak untuk melegakan sakit dan mengedarkan darah dari tempat bengkak. Akar terung pipit direbus dan diminum air rebusan untuk merawat demam panas, pitam dan sawan.
            Antara menu harian dari terung pipit dalam masakan ialah sambal bilis terung pipi, sambal udang beserta terung pipit dan terung pipit bersama paku rawan yang pahit  memberi khasiat yang berganda untuk tubuh yang sihat….nyammmmm…..jom cuba masakan ini…! Pasti sedap hingga menjilat jari..hehe…. rasa sekali pasti mau lg....ahaaaa... so good, so easy.. ^___+ .....