Pages
penjagaan kesihatan dan perawatan alternatif
Monday, 11 April 2011
Saturday, 9 April 2011
cekur manis
Cekur manis dikategorikan sebagai tumbuhan yang mempunyai potensi sebagai bahan ubat dalam sayuran dan ia juga mempunyai khasiat makanan. Cekur manis juga dikenali dengan nama cekup manis. Saya yakin anda mengenali sayuran ini, cekur manis merupakan salah satu sayuran yang menjadi kegemaran masakan orang kampung.
Cekur manis senang didapati, terutamanya di kawasan kampung. Sayuran ini menjadi juadah masakan di rumah saya, biasanya mak saya suka masak lemak, teringat lak plak masakan mak kt rumah..hehe...sedap sayur cekur manis ini, lebih-lebih lagi kalau dimasak lomak.........fuuuhhhh.....sedap hingga menjilat jari la...hehe..
Inilah tumbuhan cekur manis.
Cekur manis menunjukkan bioaktivit untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia mengandungi vitamin A,B,C dan papevin (mempunyai kesan narkotik). |
Taburan
Cekur manis mempunyai taburan dari india dan Sri Lanka hingga ke selatan negara China dan Indochina serta seluruh kawasan Asia Tenggara. Ia tumbuh liar dalam kawasan taburan
Penanaman
Cekur manis boleh ditanam secara biji, tetapi kerap ditanam menggunakan keratan dahan. Ia akan tumbuh dengan subur apabila diberi baja organik dan nitrogen. Hasilnya boleh dituai dalam masa empat bulan.
Penyakit/Perosak
Cekur manis jarang-jarang menghadapi masalah perosak.
Khasiat Makanan
Buah, pucuk, daun dan bunga: Dijadikan sayur. Ia boleh dimakan mentah tetapi biasanya digoreng. Cekur manis yang dimakan mentah mempunyai bau yang kuat dan tersendiri, rasa manisnya. Pucuk cekur manis tanpa daun digunakan sebagai sayur yang mahal harganya kerana rasanya enak dan teksturnya rangup.
Khasiat Ubatan
Seluruh bahagian (yang dimasak): Dimakan oleh wanita selepas bersalin untuk merangsang penghasilan susu dan pemulihan rahim. Air rebusan cekur manis diminum bagi mengubati demam panas, masalah sistem pembuangan air kecil, merawat pening-pening, penyakit kardiovaskular (jantung dan saluran darah), pitam, dan tekanan darah tingggi.
Daun dan Akar: Direbus dan diminum untuk mengubati hidung berdarah, penyakit puru dan penyakit patik.
Kegunaan lain: Daun cekur digunakan sebagai pewarna hijau di dalam pelbagai jenis masakan.
Perhatian
Terdapat laporan yang mengatakan jika cekur manis dimakan berlebihan boleh menyebabkan sakit kaki dan tangan.
Selamat menjamu selera dengan masakan sayur cekur manis. Rasalah masakan lemak cekur manis..^___^..
Friday, 8 April 2011
Lobak putih
kali ini saya akan memperkenalkan kepada anda tentang khasiat lobak putih, mungkin ramai diantara kita tidak mengetahui khasiat ubatan dan makanan yang terdapat dalam sayuran yang mereka makan. saya akui setelah anda sedar akan keistimewaan yang terdapat dalam sayuran yang anda makan ataupun belum pernah makan, pasti anda akan jadikan sayuran sebagai makanan harian anda bagi menjamin kesihatan tubuh badan yang sihat.
Lobak putih mengandungi vitamin A,B dan C |
Kandungan
Ubi - 93.5% air, 5.3% karbohidrat, 0.6% protein, 0.1% lemak, mineral besi, fosforus, kalsium, vitamin A, B1, B2, niasin dan vitamin C.
Taburan
Tempat asal lobak putih tidak jelas diketahui tetapi mungkin berasal dari kawasan Mediterannean. Sekarang lobak putih ditanam diseluruh dunia.
Taburan
Tempat asal lobak putih tidak jelas diketahui tetapi mungkin berasal dari kawasan Mediterannean. Sekarang lobak putih ditanam diseluruh dunia.
Penanaman
Lobak putih ditanam dengan biji dan bercambah dalam masa lebih kurang 4hari selepas ia disemai. Masa antara penyemaian dan penuaian adalah berbeza mengikut jenis baka lobak.
Penyakit/Perosak
Lobak putih menghadapi masalah kulat pada daun dan akar. Ada ulat dan serangga yang makan daun. Nematod menebuk masuk akar dan memakan sel akar.
Khasiat Makanan
Ubi: Dikupas kulit atau dimakan tanpa dikupas kulit, dipotong kecil-kecil dan ia juga digunakan dalam masakan sup, kari dan jenis masakan lain.
Khasiat Ubatan
Ubi: Dihancurkan dan ditampal pada tempat yang sakit reumastime. Jus lobak putih diminum bagi merawat batuk, cirit-birit, membantu penghadaman, masalah ginjal dan saluran kencing.
Biji dan Akar: Direbus dan diminum bagi membantu penghadaman, mengatasi hilang selera makan, ubat batuk, demam panas, ruam, lumpuh dan kanser perut.
Akar: Dihancurkan dan ditampal pada tempat terbakar, terkena air panas, lebam, luka, bengkak, dan kanser payudara, serta kaki berbau busuk. Akar pokok yang sudah berbunga direbus dan diminum untuk merawat disenteri dan batuk.
Bunga yang dikeringkan atau Biji: Direbus dan digunakan sebagai ubat cirit-birit. Air rebusan daun kering digunakan sebagai air mandian untuk melegakan sakit-sakit belakang dan penyakit wanita.
Selamat mencuba.....Rajin-rajinkanlah diri anda makan sayuran...^___@...
Turi
Terdapat pelbagai sayuran yang boleh anda nikmati dan perolehi. Turi merupakan antara salah satu sayuran yang mempunyai banyak kelebihannya. Adakah anda pernah makan sayuran yang bernama turi ini? jika pernah belum makan, cubalah..Pasti sedap. Inilah tumbuhan turi.
Thursday, 7 April 2011
Kucai
Orang memilih sayur untuk dimakan mengikut citarasa sendiri. Pada zaman moden ini ramai yang memilih sayur-sayuran yang dimakan mengikut kepercayaan terhadap khasiat yang bakal diperoleh.
Sayuran amatlah penting bagi penjagaan kesihatan tubuh badan yang sihat. Makan sayur dapat memperbaiki kesihatan dan meningkat keupayaan bekerja. Sayur juga penting sebagai sumber nutrien pengawal kesihatan. Pernahkah anda dengar sayuran yang bernama kucai? kucai sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga lili.
Kucai mengandungi vitamin c dan karotena penting untuk kesihatan mata |
Kandungan
Daun - 93% air, 2.8% karbohidrat, 2.1% protein, 0.1% lemak , 0.9% serabut.
Taburan
Kucai dipercayai berasal dari China. Ia tumbuh liar di kawasan utara dan tengah benua Asia. Kucai ditanam sebagai sayur di kawasan Asia Tenggara, Jepun, Korea, China, India, Nepal dan Amerika Syarikat.
Taburan
Kucai dipercayai berasal dari China. Ia tumbuh liar di kawasan utara dan tengah benua Asia. Kucai ditanam sebagai sayur di kawasan Asia Tenggara, Jepun, Korea, China, India, Nepal dan Amerika Syarikat.
Penanaman
Kucai boleh ditanam secara biji atau memisahkan rumpun induknya. Daun kucai boleh dituai selepas 3-4 bulan ia ditanam.
Penyakit/Perosak
Kucai biasanya tidak mempunyai perosak.
Khasiat Makanan
Seluruh bahagian: Dimakan mentah, dicelur. Kucai dimasukkan dalam kuetiau goreng dan kuih-muih. Makan sayur kucai dipercayai akan merangsang pemulihan daripada keletihan.
Daun dan Jambak Bunga Muda: Dijadikan sayur atau dicampur dalam lauk sebagai perisa.
Khasiat Ubatan
Seluruh bahagian: Dimakan atau direbus dan diminum untuk merawat sakit gigi dan tumor. Kucai ditumbuk lumat dan ditampal pada gigi yang sakit. Aktiviti antitumor mungkin disebabkan oleh kandungan karotena serta vitamin c yang banyak di dalam kucai.
Perhatian:
Makan kucai memberi kesan bau yang kuran digemari pada mulut dan pernafasan.
Sunday, 3 April 2011
Keremek
Amalan berasaskan penyataan 'makanan sebagai ubat dan ubat sebagai makanan' telah menjadi pegangan kebanyakan orang yang menyedari peranan penting makanan. Antara makanan ynag dikenal pasti bermanfaat untuk kesihatan ialah sayur-sayuran.
Tahukah anda terdapat banyak faedah dan khasiat di dalam sayuran yang bernama keremek ini. Mari sama-sama kita mengenali sayuran keremek ini.
Keremek mempunyai sifat antiulser |
Kandungan
seluruh bahagian - pelbagai jenis sebatian seperti alfa spirasterol, asid oleanolik, asid uronik, beta-sitosterol, gula jenis glukosa dan ramnos, hadianol, hentriakontanon, kampesterol, lupeol, nonakason, metilinsikloartanol, sikloeukalenol, stigmasterol dan stigmataenol. Ia mengandungi air, karbohidrat, protein, lemak, serabut, mineral dan vitamin.
Taburan
Tumbuhan rumpai yang mempunyai taburan luas di Asia Tenggara dan terdapat di seluruh dunia.
Taburan
Tumbuhan rumpai yang mempunyai taburan luas di Asia Tenggara dan terdapat di seluruh dunia.
Penanaman
Biasanya keremek tidak ditanam. Ia merupakan tumbuhan liar yang hidup subur melata di tanah berhampiran kawasan tadahan dan laluan air. Keremek boleh ditanam secara biji atau keratan. Ia juga cepat tumbuh dan senang dijaga.
Penyakit/Perosak
Lazimnya, keremek tidak menghadapi sebarang masalah penyakit yang serius.
Khasiat Makanan
Dimakan secara sayur, terutamanya oleh penduduk di India, Sri Lanka, Bangladesh, Indochina, Malaysia dan Indonesia. Daun dan ranting muda yang masih lembut boleh digoreng bersama cili, sambal belacan, ikan bilis.
Khasiat Ubatan
Seluruh bahagian: Dibancuh seperti teh dan diminum untuk mengatasi masalah kejang usus. Ia direbus dan digunakan untuk mencuci rambut dan meredakan panas badan.
Keremek sebagai ubat herba untuk merawat jangkitan pada sistem pernafasan bagi pesakit batuh darah, sakit kerongkong, hidung berdarah, pendarahan dalam perut, jangkitan pada saluran kecing, sakit apendiks.
Ia juga ubat luaran untuk merawat bengkak payudara, pemyakit kulit, ketuat, patukan ular, parasit pada kulit.
Keremek dimakan sebagai antiradang, kulit gatal, luka, melawaskan bunag air kecil dan sakit badan. keremek ditumbuk lumat dan ditampal pada kulit radang, gatal, luka dan ulser.
Daun dan Ranting: Direbus dan diminum untuk merawat tekanan darah tinggi.
Saturday, 2 April 2011
Remayung
Minggu ini saya ingin berkongsi dengan anda keistimewaan sayuran remayung. Pernahkah anda makan sayuran ini? pernahkah anda melihat rupa bentuk sayuran ini? anda ingin tahu khasiatnnya? jom sama-sama kita kenali sayuran ini, apa yang menarik tentang tumbuhan ini.
About Me
- al-nisa' hajjar
- Diri ini dikenali dengan nama Siti Hajjar abdullah. Sekarang saya masih lg menuntut di Universiti sains Islam Malaysia (USIM). kelantan adalah tempat kelahiran saya, disitulah bermula kehidupan saya. ^___^.
Blog Archive
Followers
Nilai Nutrisi sayur berbeza mengikut faktor seperti berikut
* Jenis sayur
* Kesegaran sayur
* Baja atau nutrien yang terdapat di dalam tanah di mana sayur tumbuh
* Cara penyediaan sayur
* Cara masakan sayur
* Jangka masa sayur dimasak
* Kesegaran sayur
* Baja atau nutrien yang terdapat di dalam tanah di mana sayur tumbuh
* Cara penyediaan sayur
* Cara masakan sayur
* Jangka masa sayur dimasak
Vitamin dan Mineral
* Tubuh manusia memerlukan lebih kurang 15 jenis vitamin dan mineral dalam kuantiti kecil.
* Selain daripada vitamin D dan K, kesemua vitamin dan mineral yang lain diperolehi daripada makanan.
* Kekurangan mana-mana salah satu bahan ini akan menimbulkan masalah kesihatan secara langsung atau mengurangkan daya tahan terhadap penyakit.
* Selain daripada vitamin D dan K, kesemua vitamin dan mineral yang lain diperolehi daripada makanan.
* Kekurangan mana-mana salah satu bahan ini akan menimbulkan masalah kesihatan secara langsung atau mengurangkan daya tahan terhadap penyakit.
Sayur dan buah-buahan sumber vitamin A
Perhatian:
* Kanak-kanak yang makan banyak nasi tetapi tidak cukup atau tiada langsung pengambilan sayur atau buah-buahan boleh mengalami kekurangan vitamin A yang menjadi punca beribu kanak-kanak di Asia Tenggara menjadi buta.
* Untuk orang yang tidak makan atau kurang makan daging, ikan, sayur merupakan sumber protein yang penting, ia juga penting sebagai pembekal serabut.
* Kanak-kanak yang makan banyak nasi tetapi tidak cukup atau tiada langsung pengambilan sayur atau buah-buahan boleh mengalami kekurangan vitamin A yang menjadi punca beribu kanak-kanak di Asia Tenggara menjadi buta.
* Untuk orang yang tidak makan atau kurang makan daging, ikan, sayur merupakan sumber protein yang penting, ia juga penting sebagai pembekal serabut.
Khasiat sayur
* Makan sayur sebahgian keperluan nutrisi untuk kesihatan minda dan fizikal manusia.
* Makan sayur dapat membaiki kesihatan dan meningkat keupayaan bekerja.
* sayur yang mengandungi karbohidrat dalam bentuk kanji penting sebagai sumber tenaga.
* karbohidarat ialah sumber utama tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia.
* Makan sayur dapat membaiki kesihatan dan meningkat keupayaan bekerja.
* sayur yang mengandungi karbohidrat dalam bentuk kanji penting sebagai sumber tenaga.
* karbohidarat ialah sumber utama tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Info bahagian penanaman dan perosak sayuran
* Pembaca yang gemar menanam sendiri sesuatu sayuran, sama ada untuk digunakan sebagai makanan atau sebagai ubat herba kerana bahagian sayur yang digunakan sebagai ubat herba mungkin tidak terdapat pada sayuran itu dipasaran.
* Mungkin pembaca mahu menanam sayur secara bebas daripada racun pertanian dan mengelakkan baja berlebihan yang boleh menyebabkan sayur menjadi racun.
* Hal ini penting supaya sayur yang dimakan dapat memberi khasiat sepenuhnya sebagai makanan dan ubat herba.
* Pasti ada pembaca yang mahu gunakan sayur segar yang ditanam dan dikeringkan.
*Kita perlu berhati-hati menggunakan bahan tumbuhan sebagai ubat herba , walaupun sayur kerana dalaam keadaan cuaca dan tanah yang tertentu atau bahagian sayur yang tertentu boleh mengandungi racun.
* Mungkin pembaca mahu menanam sayur secara bebas daripada racun pertanian dan mengelakkan baja berlebihan yang boleh menyebabkan sayur menjadi racun.
* Hal ini penting supaya sayur yang dimakan dapat memberi khasiat sepenuhnya sebagai makanan dan ubat herba.
* Pasti ada pembaca yang mahu gunakan sayur segar yang ditanam dan dikeringkan.
*Kita perlu berhati-hati menggunakan bahan tumbuhan sebagai ubat herba , walaupun sayur kerana dalaam keadaan cuaca dan tanah yang tertentu atau bahagian sayur yang tertentu boleh mengandungi racun.
Info mengenai taburan sayuran
* Dalam bahagian ini dapat menunujukkan kepada pembaca sesuatu sayuran yang menjadi tradisi kepada sesuatu bangsa, negara atau kawasan geografi.
* Taburan dapat menunujukkan sama ada sesuatu sayur itu digunakaan dalam kawasan tertentu sahaja atau digunakan secara meluas.
* Taburan dapat menunujukkan sama ada sesuatu sayur itu digunakaan dalam kawasan tertentu sahaja atau digunakan secara meluas.
Powered by Blogger.